sekapur sireh
|
PUAN ZAIDA BT SIDEK (GURU BESAR)
Assalamualaikum w.b.t, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan izinnya kita dapat bertemu dalam kesempatan ini. Alhamdulilah, sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kerana SK Chini Timur 1 melangkah setapak lagi dengan terbinanya laman web sekolah ini. Dengan wujudnya laman web ini, SKCT 1 mula bertapak dan beriringan bersama-sama sekolah lain dalam meneroka alam teknologi maklumat dan komunikasi. Laman web ini diwujudkan atas dasar menjadikan ruang maya komunikasi ini sebagai satu wadah pencambahan ilmu dan penyebaran maklumat kepada orang ramai selaras dengan arus teknologi ICT yang berkembang pesat. Kami semestinya tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengaplikasikan dan menerokanya. Justeru, diharapkan kemudahan ini digunakan dengan sebaik-baiknya oleh warga SK Chini Timur 1 terutamanya ibu bapa, murid-murid, guru-guru, dan masyarakat sekeliling dalam memartabatkan kecemerlangan sekolah ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar segala usaha kita ini dipermudahkan dan akan mencapai sasaran dan objektif seperti yang kita harapkan. Terima kasih yang tidak terkira kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan laman web ini. Sekian.