PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK chini timur 1 adalah organ penting dalam sisitem pendidikan di sekolah ini. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.
Objektif dan visi PIBG hendaklah selari dengan Misi Nasional; Dasar Pembangunan Negara; Falsafah Pendidikan Negara (FDN); Dasar Pendidikan Negara (DPN); Pelan Integriti Nasional (PIN); dan prinsip Islam Hadhari.
Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.
Ini turut meliputi sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Penekanan kepada kurikulum dan pentaksiran amat penting, termasuklah pemantauan maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, kewangan serta infrastruktur sekolah.